Tuesday 22 November 2011

TIPS KESIHATAN

INGIN BERTENAGA SEPANJANG HARI?

Cara pemakanan sihat berpandukan Piramid Makanan.
Piramid Makanan Aras 1 ( Bijirin,produk bijirin dan ubi-ubian)
Bijirin dan produk makanan yang diperbuat dariapa bijirin dan ubi-ubian boleh didapati pada aras paling bawah dalam Piramid Makanan.Jenis bijirin pada aras ini  termasuk beras,gandum,oat,barli dan jagung.Produk bijirin pula termasuklah nasi, mi,roti, biskut, dan bijirin sarapan. Ubi keledek dan ubi kayu juga terletak pada aras ini.Kandungan nutrien  utama kumpulan makanan di aras ini ialah karbohidrat.

Karbohidrat  merupakan sumber tenaga yang hebat!. Selepas mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat,sistem tubuh kita akan menukarkannya menjadi glukosa( sejenis gula)- satu bentuk tenaga.Tubuh kita menggunakan tenaga ini untuk menjalankan pelbagai fungsi. Ia juga membanti kita bersukan dan menjalankan pelbagai aktiviti seharian.
Walaupun penting,tenaga yang berlebihan hendaklah dielakkan kerana ia akan disimpan di dalam tubuh dan mengakibatkan anda menjadi gemuk.Jadi, makanan kumpulan ini hendaklah diambil mengikut jumlah yang disyorkan dalam piramid makanan.

No comments:

Post a Comment