Kenangan manis sebelum bertolak ke salah sebuah sekolah yang terletak di perkampungan orang asli di Gerik iaitu SK RPS Dala. Saya ke sana bagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan di bawah Program SISC dimana ianya merupakan sebuah program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan program adalah untuk membantu sekolah yang berada di dalam Band 6 dan Band 7 bagi peperiksaan UPSR. Saya ke sana bersama-sama dengan tiga orang rakan yang lain iaitu Cikgu Zaaba, Cikgu Juhari dan Cikgu Radzlina.
Monday, 28 November 2011
Friday, 25 November 2011
FAKTA KUNCI
Fakta 1
Makanan yang rosak tidak selamat untuk dimakan. Ia boleh menyebabkan sakit perut dan keracunan makanan.
Fakta 2
Air di dalam makanan membantu bakteria dan kulat membiak lebih cepat. makan yang mengandungi air yang lebih banyak akan menjadi rosak lebih cepat daripada makanan yang mengandungi air yang kurang.
Fakta 3
Pelbagai cara pengawetan makanan boleh digunakan untuk membunuh atau mencegah mikroorganisma daripada membiak.
Fakta 4
Cuka atau asid lain digunakan untuk menjeruk makanan.Larutan gula pekat juga boleh digunakan untuk menjeruk makanan.
Thursday, 24 November 2011
SAINS TAHUN ENAM
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan.
- Menubuhkan pusat pembiakan haiwan dan tumbuhan.
- Mengadakan hutan simpan.
- Menubuhkan pertubuhan yang memelihara alam.
- Menanam semula pokok-pokok.
- Melarang penebangan pokok dengan sewenang-wenangnya.
- Melarang perdagangan haram haiwan dan tumbuhan.
- Melarang pemburuan secara berleluasa.
SAINS TAHUN ENAM
Tajuk: Daya
- Daya merupakan tolakan dan tarikan.
- Kesan Daya:
- Daya boleh mengubah kedudukan objek.
- Daya boleh mengubah kelajuan sesuatu objek..
- Daya boleh menggerakkan objek yang pegun.
- Daya boleh mengubah bentuk sesuatu objek.
3. Daya geseran adalah daya yang menentang arah pergerakan
sesuatu objek.
sesuatu objek.
4. Kebaikan daya geseran:
- Membolehkan kita memegang sesuatu objek.
- Mengelak dari tergelincir.
- Menajamkan sesuatu objek
- Menyalakan mancis.
- memberhentikan objek yang bergerak.
Wednesday, 23 November 2011
FORMAT SOALAN SAINS UPSR
Soalan Sains UPSR terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A ( Section A )
· Bahagian ini mempunyai 30 soalan aneka pilihan ( objektif )
Murid perlu memilih satu jawapan yang betul sahaja.
Murid perlu memilih satu jawapan yang betul sahaja.
· Soalan bahagian ini berbentuk fakta.
· Murid perlu memahami dan mengingati tajuk yang telah dipelajari.
Bahagian B ( Section B )
· Bahagian ini mengandungi 4 atau 5 soalan subjektif.
· Murid perlu berfikir dan mencari jawapan sendiri berdasarkan soalan yang diberikan.
· Soalan bahagian ini berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains (KPS).
Tuesday, 22 November 2011
TAHUKAH ANDA.........
Sel-sel otak hanya boleh menggunakan glukosa ( daripada makanan karbohidrat ) sebagai sumber tenaga. Jadi, jika anda mengambil campuran makanan yang membekalkan karbohidrat pada waktu pagi, minda anda akan "bertenaga" sebelum ke sekolah. Pembelajaran di sekolah akan bertambah baik jika otak anda penuh bertenaga!
Subscribe to:
Posts (Atom)