Saturday, 10 December 2011

TAHUKAH ANDA.......

Tahukah anda apa itu virus?


 

Virus adalah 1000 kali ganda lebih halus daripada bakteria dan hanya dapat dilihat menerusi mikroskop elektron.Virus terdiri daripada asid nukleik dan satu lapisan protein.Ia tergolong dalam dua kategori, iaitu virus hidup dan virus mati.Namun begitu, ia tidak mengandungi bahan yang dapat menyebabkannya membiak atau makan dengan sendiri,sebaliknya bersifat parasit atau menumpang.Virus akan 'hidup' sebaik sahaja ia berada di dalam sel hos atau perumah. Di luar sel hos, virus ini tidak dapat bertahan lama, dan ketika inilah ia dianggap sebagai 'bukan hidup' ataupun mati.Sehingga kini,terdapat kira-kira 4000 jenis virus daripada 71 famili virus yang telah disenaraikan oleh para saintis.

Apakah pula bakteria?

 

Bakteria adalah satu kumpulan utama organisma yang telah wujud hampir 4000 tahun lampau dan paling banyak terdapat di dunia, dan sentiasa ada di dalam tanah serta  di dalam air dan juga sebagai simbion bagi organisma yang lain. Secara amnya bakteria mempunyai dinding sel yang serupa dengan sel tumbuhan dan kulat. Dinding sel bakteria biasanya terdiri daripada peptidoglikan dan bukannya daripada selulosa (seperti tumbuhan) atau sel kitin(kulat).Sebahagian besar bakteria tidak berbahaya malah  memberi sumbangan kepada manusia dan dunia.Interaksi antara bakteria dengan hidupan lain mampu menghasilkan pelbagai benda, termasuk dalam proses pembuatan tanah,makanan lembu,mengawal serangga,ubat-ubatan dan sebagainya.Bakteria juga membantu sebahagian besar haiwan mencerna makanan.

Apa itu Demam Kepialu?

Demam kepialu atau Demam Paratifoid, dalam bahasa Inggeris,Tyfoid Fever adalah sejenis penyakit bawaan air dan makanan yang hanya berlaku di sesuatu tempat sahaja, atau terhad di satu tempat dan biasanya ia berlaku  di kawasan yang kurang bekalan air, persekitaran yang kotor dan tercemar.

Wabak ini termasuk dalam senarai 10 jenis penyakit berjangkit bawaan air dan makanan, iaitu seperti demam denggi,keracunan makanan,TB atau batuk kering dan taun.Kepialu disebabkan oleh bakteria 'Salmonella.typhii' iaitu sejenis mikroorganisma yang hanya terdapat dalam najis manusia. Ia merebak apabila seseorang itu memakan makanan atau meminum minuman yang tercemar oleh bakteria S.typhii.

No comments:

Post a Comment