Tajuk: Kitar Semula,Guna Semula dan Mengurangkan
(Recycle,Reuse and Reduce)
Bahan Buangan- Masalah Utama
1.Memerlukan tempat pelupusan yang luas.
2.Memerlukan kos yang tinggi untuk melupuskannya.
3.Membazirkan sumber asas bahan.
4.Sumber bahan dibumi adalah terhad.
Bagaimana Menanganinya?
1.Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku kita mestilah memulihara
sumber asli kita.
2.Terdapat 3 cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kita.
Kitar Semula ( Recycle).
1.Kitar Semula bermaksud memproses semula bahan buangan kepada bahan
baru yang berguna.
baru yang berguna.
2.Bahan yang boleh dikitar semula diperbuat daripada kayu, kaca,logam
dan plastik.
dan plastik.
3.Sampah yang hendak dibuang haruslah diasingkan mengikut jenis
bahannya diperbuat sebelum dimasukkan kedalam tong kitar semula.
4.Contoh bahan yang boleh dikitar semula ialah surat khabar
lama,buku-buku lama, majalah, kotak,tin susu, tin minuman,
botol plastik, botol kaca dan sebagainya.
Guna Semula (Reuse).
1.Guna Semula bermaksud menggunakan semula bahan buangan bagi tujuan lain.
2.Kita perlu mengamalkan guna semula dengan menggunakan
semula barang-barang yang telah digunakan.
3.Botol kaca dan tin aluminium boleh digunakan sebagai tempat alat tulis
dan pasu bunga.
dan pasu bunga.
4.Bekas plastik pula boleh digunakan sebagai bekas mengisi biskut dan tepung.
5.Tayar lama pua boleh dijadikan sebagai tempat buaian,pasu bunga dan papan tanda.
Mengurangkan (Reduce).
1.Mengurangkan bermaksud kita mengurangkan penggunaan bahan-bahan.
2.Sebagai contoh, membawa beg sendiri ke pasar raya untuk
mengurangkan penggunaan beg plastik.
3.Amalan mengurangkan penggunaan, guna semula dan kitar semula
dapat menjadikan alam sekitar lebih bersih dan selesa.
Kebaikan mengamalkan Kitar Semula, Guna Semula dan Mengurangkan.
1.Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2.Mengelakkan pembaziran sumber.
3.Menjimatkan tenaga.
No comments:
Post a Comment