Monday 28 November 2011

PROGRAM SISC ( SK RPS DALA,GERIK)


Kenangan manis sebelum bertolak ke salah sebuah sekolah yang terletak di perkampungan orang asli di Gerik iaitu SK RPS Dala. Saya ke sana bagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan di bawah Program SISC dimana ianya merupakan sebuah program anjuran  Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan program adalah untuk membantu  sekolah yang berada di dalam Band 6 dan Band 7 bagi peperiksaan UPSR. Saya ke sana bersama-sama dengan tiga orang rakan yang lain iaitu Cikgu Zaaba, Cikgu Juhari  dan  Cikgu Radzlina.

Friday 25 November 2011

FAKTA KUNCI

Fakta 1
Makanan yang rosak tidak selamat untuk dimakan. Ia boleh menyebabkan sakit perut dan keracunan makanan.

Fakta 2
Air di dalam makanan membantu bakteria dan kulat membiak lebih cepat. makan yang mengandungi air yang lebih banyak akan menjadi rosak lebih cepat daripada makanan yang mengandungi  air yang kurang.

Fakta 3
Pelbagai cara pengawetan makanan boleh digunakan untuk membunuh atau mencegah mikroorganisma daripada membiak.

Fakta 4
Cuka atau asid lain digunakan untuk menjeruk makanan.Larutan gula pekat juga boleh digunakan untuk menjeruk makanan.

Thursday 24 November 2011

SAINS TAHUN ENAM

      Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan.
  1. Menubuhkan pusat pembiakan haiwan dan tumbuhan.
  2. Mengadakan hutan simpan.
  3. Menubuhkan pertubuhan yang memelihara alam.
  4. Menanam semula pokok-pokok.
  5. Melarang penebangan pokok dengan sewenang-wenangnya.
  6. Melarang perdagangan haram haiwan dan tumbuhan.
  7. Melarang pemburuan secara berleluasa.

SAINS TAHUN ENAM

       Tajuk: Daya
  1. Daya merupakan tolakan dan tarikan.
  2. Kesan Daya:
  • Daya boleh mengubah kedudukan objek.
  • Daya boleh mengubah kelajuan sesuatu objek..
  • Daya boleh menggerakkan objek yang pegun.
  • Daya boleh mengubah bentuk sesuatu objek.
    3. Daya geseran adalah daya yang menentang arah pergerakan 
        sesuatu objek.
   4. Kebaikan daya geseran:
  • Membolehkan kita memegang  sesuatu objek.
  • Mengelak dari tergelincir.
  • Menajamkan sesuatu objek
  • Menyalakan mancis. 
  • memberhentikan objek yang bergerak. 
  

Wednesday 23 November 2011

FORMAT SOALAN SAINS UPSR

Soalan Sains UPSR terbahagi kepada dua bahagian iaitu 
Bahagian A dan Bahagian B. 

Bahagian A ( Section A ) 
·    Bahagian ini mempunyai 30 soalan aneka pilihan ( objektif )              
Murid perlu memilih satu jawapan yang betul sahaja.
·    Soalan bahagian ini berbentuk fakta.
·    Murid perlu memahami dan mengingati tajuk yang telah dipelajari.

     Bahagian B ( Section B )
·    Bahagian ini mengandungi 4 atau 5 soalan subjektif.
·    Murid perlu berfikir dan mencari jawapan sendiri berdasarkan soalan yang diberikan.
·    Soalan bahagian ini  berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains  (KPS).

Tuesday 22 November 2011

TAHUKAH ANDA.........

 

Sel-sel otak hanya boleh menggunakan glukosa ( daripada makanan karbohidrat ) sebagai sumber tenaga. Jadi, jika anda mengambil campuran makanan yang membekalkan karbohidrat pada waktu pagi, minda anda akan "bertenaga" sebelum ke sekolah. Pembelajaran di sekolah akan bertambah baik jika otak anda penuh bertenaga!